Apr 18

dsc00098.JPG

Syarikat aku adakan hari keluarga baru-baru ni, dok sibuk melayan bebudak tiba-tiba muncul hero KHKZ ni. Jadi apa lagi, lintang pukang la bebudak nak bergambar dengan Abang KHKZ. Jadi tiba giliran anak-anak aku, semuanya jadi kecut pula, selepas puas pujuk punya pujuk si Firdaus ni lah yang berani sikit, walaupun malu-malu.

Tapi bila balik rumah, habis satu bilik dia tampal gambar ni…..so kasi la peluang dia share dengan geng geng kat Digi pula. Satu perkara yang aku puji dengan hero KHKZ ni, memang dia “kids friendly”.

Apr 17

Hi Geng!

BUKTIKAN sekarang anda pernah jumpa FARID KAMIL, AZIZI, JEHAN MISKIN, RAJA FARAH, ZUL YAHYA, WAHEEDA, AWAL ASHAARI, DIDDY dan ZED ZAIDI.

Jom ler hantarkan kisah-kisah ARTIS DIGI SUPERSTAR INI yang anda sendiri dah pernah berjumpa atau beramah mesra. Mana tahu anda pernah jumpa kat shopping complex, coffee house, karnival, stadium, konsert, kedai runcit, kawasan perumahan, pantai, bukit, masjid, hutan dan banyak lagi kawasan lain yang sewaktu dengannya.

Maaflah ya, kami cuma akan siarkan kisah-kisah eksklusif anda tu jika ia berkaitan dengan artis-artis ni saja tau. CEPATLAH! Ceritakan sekarang…

Sambutlah Cabaran
Kakikaypo@manggaonline.com